Minecraft merupakan salah satu permainan dengan rekaan blok yang agak popular dikalangan ramai – terutamanya pengguna muda. Terbaru, pihak Minecraft mengumumkan buku resipi masakan rasmi mereka tersendiri, dinamakan “Gather, Cook, Eat! Official Cookbook“.
Sebanyak 40 resipi masakan disediakan, dan ia mengambil tema dalam permainan dan dipersembahkan dalam bentuk makanan.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba dua resipi yang disediakan oleh pihak Minecraft secara percuma ini, dan sekiranya berminat boleh melakukan tempahan buku resipi ini melalui Amazon.