The Duffer Brothers iaitu pencipta siri Stranger Things kini mengesahkan yang mereka sedang membangunkan siri animasi Stranger Things. Animasi ini dikatakan ingin mengimbau kenangan menonton kartun di pagi Sabtu ketika sedang membesar.

Buat masa ini masih tiada sebarang butiran lagi mengenai animasi ini selain ia adalah satu kisah sampingan yang berlaku dalam dunia Stranger Things. Watak apa yang terlibat dan siapakah pelakon suara juga masih belum diumumkan. Skrip dan kerja-seni walau bagaimanapun dikhabarkan adalah menakjubkan.

Siri animasi Stranger Things akan dihasilkan oleh The Duffers melalui Upside Down Pictures dengan penerbit Shawn Levy dan Dan Cohen melalui 21 Laps serta Eric Robles melalui Flying Bark Productions.

Sohor Kini