Skip to main content

Jika sesiapa perlu bukti tambahan mengenai kekuatan IP-IP yang dimiliki oleh Nintendo, filem The Super Mario Bros adalah satu bukti yang jelas. Selepas dikeluarkan untuk hujung minggu pertama, filem ini telah mengutip $377 juta (~RM1.6 Bilion) secara global.

Kutipan ini menjadikan The Super Mario Bros mendapat kutipan tertinggi untuk hujung minggu pertama bagi filem animasi, dan juga filem paling laris untuk tahun 2023.

Bagi kutipan untuk lima hari pertama selepas pandemik, filem ini sudah menjadi filem keempat kutipan tertinggi di belakang Spider-man: No Way Home, Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan Black Panther: Wakanda Forever.

Filem ini mendapat 56% skor sahaja di Rotten Tomatoes, akan tetapi mendapat 96% untuk skor oleh penonton.

The Super Mario Bros hanya akan ditayangkan di Malaysia pada 20 April 2023.

Leave a Reply