Kurechii telah menganjurkan acara masa terhad di dalam permainan Postknight 2 mereka iaitu Fontana Fair yang merupakan pesta air bersempena dengan musim panas dan juga sambutan Songkran di Thailand.

Fontana Fair sudah berlangsung di dalam permainan dan akan berlanjutan sehingga 25 April 2023, melaluinya terdapat pelbagai rerurai yang menyertakan permainan-mini bertemakan air. Pemain juga merebut markah tertinggi.

Melakukan aktiviti-aktiviti ini memberikan pemain token yang boleh ditukar untuk mendapatkan barangan eksklusif bagi acara ini. Bagi menyertai acara ini, pemain perlu sekurang-kurangnya menyelesaikan Pompon Story 2-5.

Postknight 2 sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini