Nacon dan RaceWard Studio telah mengumumkan yang TT Isle of man: Ride on the Edge 3 akan dilancarkan pada 11 mei 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.
TT Isle of man: Ride on the Edge 3 akan menyertakan 200km jalan yang boleh dipandu secara bebas dengan pelbagai tempat menarik, serta cabaran untuk dilakukan.
Ini termasuklah 60km litar Snaefell Mountain. Litar rasmi Tourist Trophy just disertakan. Secara keseluruhan akan terdapat 32 litar, 40 superbike dan motosikal, dan juga 20 pelumba rasmi bagi acara TT Isle of man.
Bagi tatamain pula, antara pembaharuan yang disertakan adalah fizik yang diperbaikan untuk menjadikan corner dan pengurusan brek yang mendalam. Motosikal juga boleh ditingkatkan tahap untuk mendapat prestasi yang diinginkan.
Permainan ini sudah boleh di pra-tempah dengan setiap pra-tempahan memberikan pemain hiasan motosikal perlumbaan ke-100 John McGunnness.