Hari terakhir bagi minggu kelima untuk Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 memperlihatkan tiga perlawanan iaitu Madness Esports bertemu dengan Homebois, Team HAQ bertemu dengan Team SMG dan RSG Slate MY bertemu dengan Team Lunatix.

Menebus kekecewaan kalah semalam, Homebois bangkit untuk memenangi perlawnaan hari ini dengan skor 2-1 mengalahkan Madness Esports yang terus kekal berada di kedudukan kedua terbawah dan menghampiri penyingkiran. Walau dengan kemenangan ini, Homebois tidak lagi berupaya untuk mengejar Todak yang berada di tempat kedua. Madness Esports pula berpeluang untuk memenangi perlawanan seterusnya kerana mereka bertemu dengan Team Secret yang buat masa ini masih tidak memenangi sebarang perlawanan.

Satu lagi pasukan yang menghampiri penyingkiran adalah Team HAQ yang juga kalah hari ini, Team SMG bermain dengan cemerlang untuk memenangi dengan skor 2-0. Dengan kekalahan ini, Team HAQ perlu menang perlawanan seterusnya bertemu dengan Red Giants Esports untuk berpeluang terus kekal dalam kejohanan ini.

RSG Slate MY pula mengalahkan Team Lunatix sebagai penutup untuk perlawanan bagi minggu 5 ini. Kedua-dua pasukan sudah disahkan akan layak ke pusingan seterusnya, namun mereka sudah semestinya ingin mendapat tempat ketiga ataupun keempat untuk terus layak ke peringkat suku akhir berbanding perlu melalui Play-In.

Pertandingan hari ini juga menerima kunjungan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Selepas berakhirnya minggu kelima iaitu minggu kedua terakhir, dengan hujung minggu depan akan menjadi minggu terakhir sebelum kejohanan beralih ke peringkat kalah mati. Berikut adalah kedudukan selepas minggu kelima;

  1. Team SMG – 23 markah
  2. Todak – 19 markah
  3. HomeBois – 15 markah
  4. Team Lunatix – 13 markah
  5. RED Esports MY – 13 markah
  6. RSG Slate MY – 12 markah
  7. Red Giants Esports – 11 markah
  8. Team HAQ – 7 markah
  9. Madness Esports – 7 markah
  10. Team Secret – 0 markah

Sumber Gambar: MPL Malaysia

Sohor Kini