Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 telah memasuki hari kedua untuk minggu kelima dan pada hari ini memperlihatkan tiga perlawanan iaitu Team Lunatix bertemu dengan RED Esports MY, Homebois bertemu dengan Todak dan Team Secret bertemu dengan Red Giants Esports.
RED Esports MY berjaya mengatasi cabaran Team Lunatix selepas memenangi perlawanan ini dengan skor 2-1. RED berjaya untuk mengawal perlawanan pada pusingan pertama dan kedua, manakala Team Lunatix bertungkus lumus untuk mendapatkan kemenangan di pusingan kedua.
Perlawanan yang menjadi tumpuan pada hari ini sudah semestinya Homebois bertemu dengan Todak iaitu perlawanan pasukan di tempat kedua dan ketiga. Perlawanan kali ini memihak kepada Todak apabila memenangi dengan skor 2-0, akan tetapi Homebois memperlihatkan semangat lawan mereka untuk tidak memberi kemenangan mudah kepada Todak.
Perlawanan terakhir adalah Team Secret bertemu dengan Red Giants Esports. Ini adalah perlawanan penting untuk Team Secret kerana akan menentukan mereka tersingkir ataupun tidak. Red Giants berjaya memenangi dengan agak mudah dan dengan kekalahan kelapan ini, mengesahkan yang Team Secret tersingkir daripada MPL Malaysia 11 walaupun mereka mempunyai satu perlawanan lagi pada minggu keenam.
Manakala untuk perlawanan minggu kelima dan hari ketiga akan memperlihatkan Madness Esports bertemu dengan Homebois, Team Haq bertemu dengan Team SMG dan RSG Slate MY bertemu dengan Team Lunatix.
Sumber Gambar: MPL Malaysia