Tengoku Daimakyo adalah adapatasi kepada siri manga berjudul sama yang dihasilkan oleh Masakazu Ishiguro. Mengisahkan mengenai dua orang watak Kiruko dan Maru yang cuba mencari “syurga” selepas dunia telah hancur sejak 15 tahun yang lepas dan tamadun berada di beberapa kluster.

Siri ini sudah dikeluarkan di Disney+ Hotstar dengan episode pertama tiba pada 1 April lepas dan episod kedua akan tiba hari ini. Saya sudah tonton kedua-dua episod dan boleh katakan yang siri ini bermula dengan baik dan saya sangat ternanti-nanti untuk melihat apa yang berlaku seterusnya.

Saya tidak pernah membaca manga untuk siri ini, oleh itu saya menontonnya tanpa sebarang pengetahuan selain daripada sipnopsis yang dikongsi oleh Disney+ Hotstar sendiri. Dari awal lagi, saya dipekenalkan dengan empat watak utama iaitu Mimihime, Tokio, Maru dan Kiruko.

Mihime dan Tokio adalah kanak-kanak perempuan yang berada di dalam satu fasiliti yang mempunyai sekolah tetapi berada di dalam satu tombok dan terpisah dari dunia luar. Melalui dialog di dalam dua episod ini, boleh dikatakan yang kanak-kanak yang berada di tempat tersebut tidak mengenatui mengenai wujudnya dunia lain selain daripada fasiliti tersebut.

Mihime mempunyai satu ‘kebolehan’ di mana dia mempunyai naluri yang kuat, dan mengatakan kepada Tokio yang dia merasakan terdapat dunia luar daripada fasiliti tersebut, tambahan pada itu, dia juga mengatakan yang suatu hari akan ada seoarang yang berwajah sama dengan Tokio datang untuk menyelamatkannya.

Maru iaitu seorang lelaki berumur 15 tahun, dan mempunyai wajah yang sama seperti Tokio, namun dia tidak berada di dalam fasiliti tersebut, sebaliknya berada di luar bersama dengan Kiruko yang dia panggil sebagai kakak tetapi tidak mempunyai sebarang pertalian darah. Kiruko adalah seorang wanita yang mengatakan umurnya di antara 18 dan 20 tahun.

Maru dan Kiruko mengembara di kawasan yang merupakan Tokyo suatu masa dahulu tetapi telah hancur akibat kejadian yang berlaku pada 15 tahun yang lepas. Mereka berdua di dalam perjalanan untuk mencari tempat yang dipanggil sebagai “syurga”.

Selain daripada Maru dan Kiruko terdapat beberapa lagi manusia yang berada di luar, kebanyakannya adalah orang-orang yang terselamat dan sekadar hidup mencari manakan di bangunan-bangunan lama. Namun, terdapat juga yang mengedalikan rumah penginapan, tempat yang Maru dan Kiruko berehat sebelum mengetahui yang terdapat raksasa di kawasan tersebut. Raksasa yang dimaksudkan adalah binatang biasa, iaitu burung gagak akan tetapi bersaiz besar dan menyerang manusia.

Misteri mengenai kempat-empat orang watak ini, tambahan lagi misteri mengenai apa yang berlaku di dunia ini, menjadikan dua episod awal ini sangat menarik dan membuatkan saya tertanya apa yang akan berlaku seterusnya.

Saya juga menyukai dengan watak-watak yang tiba di dalam siri ini dengan kebanyakan watak adalah bersahaja tetapi mempunyai pelbagai lapisan yang menjadikan watak-watak tersebut lebih dinamik dan menarik. Lakonan suara juga saya boleh katakan baik – Disney+ Hotstar hanya menyertakan suara Jepun tetapi dengan pelbagai pilihan sarikata termasuk juga bahasa melayu.

Siri ini juga menyertakan pertempuran, terutama pada episod kedua, dan saya boleh katakan animasi yang disertakan adalah baik dengan setiap aksi serta pergerakan dilakukan dengan baik dan saya dapat lihat jelas apa yang berlaku. Maru adalah watak yang mempunyai kemahiran untuk bertempur, manakala Kiruko mempunyai pistol yang sangat terhad pelurunya.

Jika anda sedang mencari sesuatu untuk ditonton ataupun siri anime baharu untuk diikut, saya boleh katakan yang Tengoku Daimakyo adalah siri yang berpotensi untuk menjadi menarik. Bagi musim pertama, 13 episod diumumkan dengan setiap episod akan tiba setiap hari Sabtu, setiap minggu.

Sohor Kini