Lucasfilm telah berkongsi treler baharu untuk filem Indiana Jones and the Dial of Destiny, yang juga troller penuh pertama selepas berkongsi treler acah sebelum ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Di dalam treler ini, menjawab persoalan mengenai mengapa Indiana Jones kembali terlibat dengan pencarian harta karun – dia ‘dipaksa’ oleh Helena lakonan phoebe Waller-Bridge yang merupakan akan kepada rakannya yang buat masa ini masih tidak dinyatakan lagi siapa.

Filem kelima untuk siri filem ini akan berlaku pada tahun 1969 iaitu 11 tahun selepas filem keempat Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Filem ini juga melibatkan Voller lakonan Mads Mikkelsen iaitu bekas tentera Nazi yang telah diupah oleh NASA untuk membantu Amerika Syarikat di dalam projek angkasa ke bulan, tetapi mempunyai agenda tersendiri.

Indiana Jones and the Dial of Destiny akan dikeluarkan pada 30 Jun 2023.

Sohor Kini