Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 kembali untuk minggu kelima dan kita semakin menghampiri minggu terakhir untuk peringkat liga iaitu minggu keenam.

Oleh itu, setiap perlawanan pada minggu ini menjadi lebih penting, terutama pasukan-pasukan yang ingin keluar daripada kedudukan kedua terbawah iaitu Madness Esports dan Team Secret.

Seperti biasa, untuk hari pertama bagi minggu ini mempertandingkan dua perlawanan sahaja iaitu Red Giants Esports bertemu Team SMG dan RSG Slate MY bertemu dengan Madness Esports.

Team SMG yang sebelum ini tidak pernah ditewaskan meneruskan kecemerlangan mereka apabila mengalahkan Red Giants Esporsts dengan skor 2-0. Team SMG mengawal kedua-dua pusingan untuk menang dengan mudah dan boleh dikatakan semakin gayat di atas.

Madness Esports yang sangat memerlukan kemenangan pula tidak dapat untuk melawan dominasi RSG Slate MY dan tewas dengan skor 2-0. Dengan kekalahan ini, peluang mereka untuk keluar daripada kedudukan dua terbawah semakin tipis, tetapi tidak mustahil.

Bagi hari kedua untuk minggu ini pula akan memperlihatkan tiga perlawanan iaitu Team Lunatix bertemu RED Esports MY, Homebois bertemu Todak dan Team Secret bertemu Red Giants Esports. Perlawanan tumpuan sudah semestinya Homebois bertemu dengan Today iaitu pasukan yang berada di tempat ketiga dan kedua.

Setiap perlawanan boleh ditonton secara langsung di Stadium Juara ataupun secara penstriman di laman-laman rasmi Mobile Legends Bang Bang.

Sohor Kini