Ketika Star Wars Celebration Europe 2023, treler pertama untuk siri Ahsoka telah diperlihatkan yang turut memperlihatkan beberapa watak tambahan yang akan tiba di dalam siri untuk Disney+ ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Antara watak yang diperlihatkan di dalam treler adalah Rosario Dawson yang akan kembali sebagai Ahsoka Tano, Sabine Wren lakonan Natasha Liu Bordizzo, Hera Syndulla lakonan Mary Elizabeth Winstead dan droid Chopper juga kembali.

Siri Ahsoka akan tiba pada bulan Ogos ini melalui Disney+ Hotstar.

Pada acara yang sama, Lucasfilm juga telah mengumumkan tiga filem Star Wars baharu akan tiba dengan Daisy Ridley akan kembali sebagai Rey di dalam salah satunya.

Sohor Kini