EA pada hari ini telah memperlihatkan logo untuk EA Sports FC iaitu judul baharu bagi menggantikan siri FIFA mereka. Bersama dengan pengumuman logo, terdapat juga beberapa perkongsian mengenai perubahan yang akan dilakukan untuk permainan baharu ini.

Antara yang dikongsikan adalah oleh Fut Sheriff iaitu akaun Twitter yang sering berkongsi maklumat tertiris mengenai permainan FIFA atau kini untuk EA Sports FC.

Menurut perkongsiannya, pemain-pemain bola wanita akan disertakan di dalam mod Ultimate Team dan dijangkakan pemain boleh membentuk pasukan campuran pemain lelaki dan pemain wanita.

Berdasarkan penulisan di laman EA sendiri, mod FIFA Ultimate Team sebelum ini mungkin akan dikenali sebagai Ultimate Team sahaja di dalam EA Sports FC.

Apapun, EA telah mengatakan yang maklumat lanjut mengenai EA Sports FC ini akan dikongsi pada bulan Julai ini.

Sohor Kini