EA telah berkongsi logo bagi EA Sports FC iaitu judul baharu bagi permainan simulasi bola sepak mereka menggantikan siri FIFA.

Mereka mengambil bentuk segi tiga sebagai logo mereka iaitu sesuatu yang sudah digunakan di dalam permainan FIFA sejak 30 tahun yang lepas, untuk segi tiga chemistry di dalam Ultimate Team dan juga player indicator semasa perlawanan.

EA juga telah mengumumkan yang maklumat lanjut untuk EA Sports FC akan diumumkan pada bulan Julai ini dengan pelancaran dijangka sekitar bulan September ataupun Oktober semasa musim baharu bola sepak bermula.

FIFA dan EA menamatkan kerjasama mereka dengan FIFA 23 menjadi permainan terakhir selepas FIFA dilaporkan meminta $1 bilion jika mereka ingin terus bekerjasama, satu jumlah yang EA anggap terlalu mahal.

Selain daripada itu, EA juga mengatakan yang walaupun jenama berubah, akan tetapi penawaran mereka adalah masih sama dengan mereka masih lagi memegang kebanyakan lesen utama bola sepak untuk menggunakan nama liga, nama pemain dan juga nama kelab.

Sohor Kini