Beyond Contact Kini Dilancarkan Secara Penuh Melalui Steam

Plaion bersama dengan pembangun Playcorp Studios telah mengumumkan yang permainan ketahanan hidup fiksyen sains mereka, Beyond Contact telah dilancarkan secara penuh untuk PC melalui Steam.

Beyond Contact sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2021 lagi secara akses awal. Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengembara dan melakukan pelbagai penemuan. Seperti kebiasaan untuk permainan ketahanan hidup, ia juga menyertakan mengkaji, crafting, membina tempat tinggal, berkebun, memelihara binatang dan pelbagai lagi.

Anda boleh dapatkan Beyond Contact dengan harga promosi RM21.12 berbanding harga asal RM32 sehingga 12 April 2023.

Sohor Kini