Ragnarok Origin Kini Dilancarkan Untuk iOS, Android Dan PC

Gravity Game Hub telah melancarkan secara rasmi Ragnarok Origin untuk iOS, Android melalui Google Play, Huawei AppGallery, OPPO App Market dan juga melalui klien di PC.

Ragnarok Origin adalah permainan berdasarkan permainan Ragnarok Online tetapi disertakan dengan pelbagai penambah-baikkan untuk memberikan pengalaman serba baru.

Selain menghasilkan semula benua Midgard, Ragnarok Origin juga menyertakan sistem kerja yang pelbagai – pada pelancaran terdapat enam kelas utama. Grafik, pertempuran dan juga fungsi sosial juga telah dipertingkatkan.

Bagi meraikan pelancaran ini, pemain di Malaysia juga boleh mengunjungi IMBI Plaza untuk mengambil gambar dengan pelbagai hiasan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang akan dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sebelum pelancaran ini, Ragnarok Origin juga telah menerima lebih 10 juta pra-pendaftaran, oleh itu pemain yang log masuk buat pertama kali akan mendapat pelbagai ganjaran.

Sohor Kini