Square Enix telah mengumumkan yang Stranger of Paradise Final Fantasy Origin akhirnya dilancarkan di PC selepas lebih setahun dikeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store.
Stranger of Paradise di Steam ditawarkan dengan harga RM164, ataupun RM265 jika ingin mendapatkan edisi Deluxe.
Permainan ini akan mengambil penceritaan permainan pertama Final Fantasy tetapi akan diolah semula dan dibangunkan oleh Team Ninja. Tetsuya Nomura dari Square Enix merupakan pengarah kreatif untuk permainan ini.
Selain untuk PC, Stranger of Paradise juga telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series dengan kesemua platform menerima potongan harga tetap.