Apple TV+ telah berkongsi treler baharu untuk filem STILL: A Michael J. Fox Movie iaitu filem yang memfokuskan kepada karier lakonan Michael J. Fox, dan akan tiba pada 12 Mei 2023.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Michael J. Fox adalah pelakon yang meningkat naik pada tahun 90-an, terutama dengan kejayaan filem Back to the Future lakonan beliau sebagai Marty McFly bersama dengan Christopher Lloyd sebagai Dr. Emmet Brown.

Di awal kariernya dia telah menghadapi penyakit Parkinson walaupun mengumumkan secara rasmi pada tahun 1998. Di terus berlakon sehinggalah tahun 2020 di mana beliau mengumumkan persaraan daripada dunia lakonan kerana kesukaran untuk bertutur.

Filem Still ini akan menyertakan elemen dokumentari, video-video dari arkib dan juga bahagian ber-skrip.

Apple TV+ boleh dilanggan dengan harga RM29.90 sebelum dan boleh dikongsi bersama dengan 5 orang keluarga. Langganan juga boleh didapatkan melalui Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini