Skip to main content

Bethesda telah berkongsi treler baharu untuk Redfall dan kali ini memfokuskan kepada Layla Ellison iaitu salah seorang daripada 4 watak yang boleh digunakan di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam treler ini diperlihatkan bagaimana Layla Ellison pertama kali diserang oleh vampire, yang juga mengakibatkan teman lelakinya iaitu Jason telah dibunuh.

Layla merupakan watak yang kami mencuba sendiri permainan ini dan dia mempunyai kuasa telekinetik untuk mengeluarkan payung yang boleh menahan dari serangan, Lift untuk menghasilkan bongkah yang boleh digunakan untuk melompat lebih tinggi.

Manakala, Jason yang diperlihatkan di dalam treler tersebut, selepas terbunuh telah menjadi Vampire tetapi bukan yang jahat, sebaliknya merupakan kuasa Ultimate untuk Layla iaitu ‘Vampire Ex-Boyfriend’.

Redfall akan dikeluarkan untuk PC dan Xbox Series pada 2 Mei dengan akan disertakan di dalam langganan Xbox Game Pass serta PC Game Pass pada hari pelancaran.

Anda boleh baca pandang pertama kami di pautan berikut; Pandang Pertama Redfall.

Leave a Reply