Santa Monica Studio telah melancarkan mod New Game Plus (NG+) untuk permainan God of War Ragnarok mereka, yang akan membolehkan pemain untuk bermain semula tanpa perlu bermula dari awal.
Melalui NG+ ini pemain akan membawa kesemua barangan, perisai, senjata dan juga kemahiran yang telah didapatkan semasa bermain sebelum ini. Namun, anak panah Sonic dan Hex masih perlu dibuka melalui penceritaan.
Selain membawa kesemua barangan tersebut, barangan baharu, peningkatan had tahap dan juga Enchantments baharu juga akan disertakan untuk memberikan pengalaman tambahan kepada pemain.
Perisai baharu yang disertakan adalah;
NG+ juga menyertakan penambahan untuk tahap kemajuan baharu dan tambahan kandungan bagi Niflheim Arena.
God of War Ragnarok sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 dan telah terjual sebanyak 11 juta unit. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan God of War: Ragnarok.