Persona Theory Games iaitu studio permainan video dari Malaysia telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Kabaret pada 5 April lepas untuk Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Kabaret adalah permainan yang memfokuskan kepada penceritaan berdasarkan cerita rakyat dari Asia Tenggara. Protagonis utama di dalam permainan ini adalah Jebat yang telah memasuki alam ghaib yang penuh dengan penjahat.

Permainan ini menyertakan pelbagai watak daripada mitos dan juga legenda Asia Tenggara, serta permainan-mini berdasarkan permainan tradisi seperti Congkak dan juga Guli.

Muzik runut untuk Kabaret dihasilkan oleh Sambasunda iaitu band dari Indonesia dan komposer dari Malaysia iaitu Tay Cher Siang dengan rekaan bunyi oleh Hello Universe.

Kabaret disokong oleh Wings dan juga sebahagian daripada ID@Xbox dan permainan ini mewakili Malaysia semasa Xbox Extended Showcase sebelum ini.

Permainan ini ditawarkan dengan harga bermula RM49, demo percuma juga disediakan melalui Steam.

Sohor Kini