Overwatch 2 telah mengumumkan yang hero baharu yang akan disertakan di dalam permainan tersebut adalah Lifeweaver atau nama penuhnya Niran PruksaManee yang berasal dari Thailand. Lifeweaver akan disuarakan oleh pelakon Thai iaitu Phuwin Tangsakyuen.
Lifeweaver adalah hero ke-37 untuk Overwatch 2, sebagai watak support kebolehan Lifeweaver memfokuskan kepada menyembuh rakan sepasukan, melalui Healing Bloosom dan juga Ultimate iaitu Tree of Life.
Jika Lifeweaver terbunuh, Lifeweaver akan meninggalkan ‘hadiah’ yang akan menyembuh pemain pertama mengambilnya tidak kira rakan ataupun lawan. Selain itu Lifeweaver juga mempunyai kebolehan untuk menghasilkan platform, serta menarik rakan ke lokasi Lifeweaver.
Lifeweaver akan tiba bersama dengan musim 4 untuk Overwatch 2 iaitu pada 12 April 2023, masa yang juga berdekatan dengan sambutan Songkran iaitu sambutan tahun baharu di Thailand.
Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.