Apple TV telah berkongsi treler pertama untuk siri Drops of God iaitu siri berdasarkan manga berjudul sama ataupun Kami no Shizuku di dalam bahasa Jepun. Manga ini ditulis oleh Tadashi Agi iaitu nama pena yang digunakan oleh Shin Kibayashi dan Yuko Kibayashi.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah dengan siri ini akan disiarkan di Apple TV+ bermula pada 21 April 2023.
Drops of God adalah mengenai Camille Leger lakonan Fleur Geffrier yang tidak rapat dengan bapanya iaitu Alexandre Léger lakonan Stanley Weber, akan tetap apabila bapanya meninggal dunia dan meninggalkan satu empayar wain iaitu Léger Wine Guide.
Jika Camille ingin mewarisi syarikat tersebut, dia mesti mengenali dan menjelaskan mengenai 12 wain seperti yang dilakukan oleh Alexandre Léger, tambahan pada itu Camille juga perlu mencabar Issei Tomine lakonan Tomohisa Yamashita yang merupakan anak didikan Alexandre Léger.
Apple TV+ boleh dilanggan dengan harga RM29.90 sebelum dan boleh dikongsi bersama dengan 5 orang keluarga. Langganan juga boleh didapatkan melalui Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.