Legendary Entertainment telah mengumumkan yang mereka mendapat hak untuk menghasilkan filem aksi nyata dan juga siri TV berdasarkan permainan perlawanan popular Street Fighter.

Mereka juga mengesahkan yang filem pertama selepas mendapat hak ini sedang dibangunkan dan kesemua projek yang akan tiba dibangunkan bersama dengan Capcom sebagai penerbit untuk permainan tersebut.

Permainan Street Fighter sudah dikeluarkan sejak tahun 1987 lagi dengan permainan terbaru adalah Street Fighter 6 yang akan tiba pada bulan Jun ini.

Buat masa ini, Street Fighter telah menerima dua adaptasi filem aksi nyata bersama dengan beberapa lagi projek sampingan dan siri animasi.

Sohor Kini