Pada 1 April, ROG telah mengeluarkan satu treler yang memperlihatkan PC dalam bentuk konsol mudah alih, sesuatu yang kita boleh samakan dengan Steam Deck.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Oleh kerana video ini dikeluarkan pada tarikh tersebut yang kita sering kenali sebagai April Fool‘s. Tambahan lagi, beberapa perkongsian oleh ROG sendiri mengatakan konsol ini adalah ROG Ally (A-Lie), tidak mengejutkan yang ramai menganggap ia adalah satu jenaka sahaja.
Hari ini, ROG telah mengumumkan secara rasmi yang ROG Ally adalah satu konsol yang betul dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Buat masa ini, maklumat mengenai konsol ini masih lagi terhad, tetapi ROG telah mengatakan yang ROG Ally akan dikuasakan oleh Ryzen APU oleh AMD dan yang terpantas setakat ini. Berbeza dengan Steam Deck yang menggunakan sistem operasi tersendiri ROG Ally akan menggunakan Windows 11.