Extraction, filem aksi lakonan Chris Hemsworth sebagai Tyler Rake adalah antara filem popular di Netflix, oleh itu tidak mengejutkan apabila Netflix secara terus menempa filem kedua untuknya.
Hari ini, Netflix telah berkongsi treler acah pertama untuk filem kedua ini, dan filem ini kelihatan lebih ganas walaupun sekadar memperlihatkan satu bahagian sahaja.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Netflix juga telah mengumumkan yang Extraction 2 akan disiarkan pada 16 Jun 2023, lebih cepat berbanding jangkaan kami.
Extraction 2 diarahkan oleh Sam Hargrave seperti filem pertama dengan diterbitkan oleh Anthony Russo, Joe Russo, Mike Larocca, Chris Hemsworth, Patrick Newall dan Sam Hargrave sendiri.
Filem ini merupakan adaptasi kepada novel grafik ‘Ciudad’ oleh Ande Park berdasarkan penceritaan oleh Ande Parks, Joe Russo dan Anthony Russo.