Free Fire Membolehkan Pembelian Watak Menggunakan Gold

Free Fire telah melancarkan kemaskini terbaru untuk permainan tersebut yang antaranya menyertakan cara baharu untuk dapatkan watak, penambah-baikkan untuk Clash Squad dan Battle Royale bersama dengan penambahan satu mod baharu.

Melalui sistem watak baharu, pemain kini boleh membeli mana-mana watak di dalam permainan ini menggunakan Gold dan tidak lagi terhad menggunakan Diamond sahaja.

Ini secara langsungnya membolehkan watak-watak ini didapatkan secara percuma. Tambahan pada itu, watak yang dibuka akan terus mendapat kebolehan maksimum.

Mereka juga mengumumkan beberapa watak akan menerima kemahiran baharu, antara watak yang terlibat adalah Awakened Alvaro, Xayne, Dasha, otho dan Ford.

Di dalam mod Clash Squad, pemain kini boleh mengumpul Protection Points melebihi 100 markah dengan bergantung kepada jumlah keseluruhan pemain boleh mendapat Stars tambahan.

Tambahan Protection Points juga diberikan kepada pemain yang menyelesaikan misi harian, mendapat MVP, sedang memenangi beberapa perlawanan berturut-turut ataupun menerima rakan sepasukan yang AFK.

Bagi mod Battle Royale pula, pemain boleh dapatkan tambahan 15 airdrops di dalam Safe Zone dan juga kad Super Revival untuk memberikan pemain senjata lebih hebat dan juga perisai apabila hidup semula.

Mod baharu yang diperkenalkan pula adalah Pet Smash, iaitu mod masa terhad yang pemain akan menjadi binatang peliharaan dan mempunyai serangan dan kemahiran tersendiri.

Acara masa terhad Free Fire Tales – Alvaro: Reignition: Immerse akan berlangsung pada 24 Mac sehingga 6 April dan animasi berdasarkan penceritaan ini juga sudah boleh ditonton di bawah.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini