Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 telah memasuki minggu keempat dan hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ini.
Hari ketiga ini memperlihatkan tiga perlawanan iaitu RED Esports MY bertemu dengan Team HAQ, Team Secret yang masih mencari kemenangan pertama mendapat lawan yang sukar iaitu Todak dan Red Giant Esports akan bertemu dengan Team Lunatix.
Team HAQ yang sekian lama berada di kedua terbawah iaitu kedudukan penyingkiran mendapat talian hayat dengan kemenangan hari ini, membawa keluar daripada kedudukan dua terbawah dan digantikan dengan Madness Esports yang kekurangan satu perlawanan. Team HAQ mengatasi RED Esports MY dengan skor 2-1.

Seperti yang dijangkakan Todak dengan mudah mengalahkan Team Secret dengan skor 2-0 dan memberi kekalahan ketujuh untuk Team Secret. Manakala Todak dengan kemenangan ini semakin menghampiri Team SMG yang kukuh di tempat pertama.

Team Lunatix juga terus bermain dengan cemerlang apabila mengalahkan Red Giant Esports dengan skor 2-1, memberikan kemenangan kelima untuk mereka daripada enam perlawanan setakat ini. Manakala Red Giants Esports walaupun bermula dengan cemerlang telah mendapat kekalahan empat berturut-turut.

Berakhirnya minggu keempat ini, bermakna hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum MPL Malaysia memasuki peringkat kalah mati. Berikut adalah kedudukan semasa selepas minggu keempat;
- Team SMG – 17 markah
- Todak – 16 markah
- HomeBois – 13 markah
- Team Lunatix – 11 markah
- RED Esports MY – 11 markah
- Red Giants Esports – 8 markah
- RSG Slate MY – 7 markah
- Team HAQ – 7 markah
- Madness Esports – 6 markah
- Team Secret – 0 markah
Sumber Gambar: MPL Malaysia