Meneruskan dua perlawanan yang berlangsung semalam, minggu keempat untuk MPL Malaysia 11 diteruskan lagi dengan hari kedua yang juga hari kesebelas untuk keseluruhan kejohanan ini.

Bagi hari ini, terdapat tiga perlawanan iaitu Todak bertemu dengan Madness Esports, Team SMG bertemu dengan Homebois dan RSG Slate MY bertemu Red Giants Esports.

Selepas tewas pada perlawanan hari pertama, Todak terus memperlihatkan kecemerlangan mereka dengan mengalahkan Madness Esports dengan skor 2-1. Ini sekali gus memberikan mereka kemenangan kelima daripada 6 perlawanan.

Pertempuran dua gergasi iaitu Team SMG dan Homebois memberi kelebihan kepada Team SMG apabila bermain dengan sangat cemerlang untuk memenangi dengan skor 2-0. Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di kedudukan pertama, manakala Homebois ini adalah kekalahan kedua berturut-turut untuk mereka.

Perlawanan penutup untuk hari ini memperlihatkan RSG Slate MY mengatasi Red Giant Esports dengan skor 2-1. Dengan kemenangan ini mengukuhkan kedudukan mereka di pertengahan liga dengan memenangi tiga daripada 6 perlawanan.

Dengan Homebois mendapat kekalahan kedua, ini telah memberi peluang kepada Todak untuk merampas tempat kedua walaupun berkongsi mata dengan Homebois tetapi kelebihan skor memihak kepada Todak.

Hari ketiga yang juga terakhir untuk minggu ini akan memperlihatkan tiga lagi perlawanan iaitu RED Esports MY bertemu dengan Team HAQ, Team Secret yang masih mencari kemenangan pertama mendapat lawan yang sukar iaitu Todak dan Red Giant Esports akan bertemu dengan Team Lunatix.

Sumber Gambar: MPL Malaysia

Sohor Kini