Kita sudah memasuki minggu keempat untuk Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11. Dengan hanya tinggal tiga minggu lagi, setiap perlawanan bermula sekarang menjadi lebih penting untuk memastikan pasukan tidak tersingkir awal.
Bagi hari kesepuluh yang juga hari pertama untuk minggu keempat, terdapat dua perlawanan iaitu di antara RED Esports MY bertemu dengan RSG Slate MY dan juga Team Lunatix bertemu dengan Team HAQ.
Bagi perlawanan di antara RED Esports MY bertemu dengan RSG Slate MY, RED berjaya untuk memenanginya dengan skor 2-0 memberikan kemenangan yang bernilai bagi mereka, ditambah lagi mendapat markah penuh.
Bagi Team HAQ pula, mereka terus kecewa apabila menerima kekalahan yang kelima dan menyukarkan lagi peluang mereka untuk layak ke peringkat seterusnya. Team Lunatix berjaya memenangi perlawanan ini dengan skor 2-1 walaupun Team HAQ memperlihatkan prestasi yang baik di pusingan kedua akan tetapi tidak dapat meneruskannya di pusingan ketiga.
Untuk hari kesebelas ataupun hari kedua untuk minggu keempat, terdapat tiga perlawanan iaitu Todak bertemu Madness Esports, Team SMG bertemu dengan Homebois dan RSG Slate MY bertemu dengan Red Giants Esports.
Jika anda berminat untuk menonton kejohanan ini secara langsung, kemasukan di Stadium Juara adalah percuma pada minggu ini.
Sumber Gambar: MPL Malaysia