Musim Baharu Trackmania Bermula Pada 1 April – Spring 2023

Ubisoft telah mengumumkan yang musim baharu untuk Trackmania akan tiba pada 1 April 2023 secara percuma yang digelar sebagai Spring 2023 meneruskan musim Winter 2023 sebelum ini.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Musim baharu ini antaranya menyertakan 25 litar baharu dan 100 medal yang boleh dikejar oleh pemain. Rekaan bagi musim baharu ini memfokuskan kepada kreativiti dan keceriaan.

Dengan menyelesaikan kempen serta Track of the Day medal, pemain akan mendapat kostum Prestige. Track Editor juga akan menerima 150 blok baharu memberi lebih banyak pilihan baharu kepada pemain.

Trackmania sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan PC.

Sohor Kini