Wes Anderson sekali lagi bakal hadir dengan filem penuh seni yang melibatkan ramai pelakon hebat iaitu Asteroid City. Sebuah filem sains fiksyen yang berlaku pada tahun 1955. Berdasarkan treler filem ini dilihat sebagai sebuah filem drama komedi.
Asteroid City adalah sebuah bandar fiksyen Amerika yang menceritakan kisah jadual perjalanan konvensyen kadet angkasa untuk mengumpul ibu bapa dan anak-anak bertanding untuk mendapatkan biasiswa tetapi diganggu dengan kejadian yang mengubah dunia.
Antara pelakon dalam filem ini adalah Jason Schwartzman, Scarlett Johansson, Tom Hanks, Jeffrey Wright, Tilda Swinton, Bryan Cranston, Edward Norton, Adrien Brody, Liev Schreiber, Hope Davis, Stephen Park, Rupert Friend, Maya Hawke, Steve Carell, Matt Dillon, Hong Chau, Willem Dafoe, Margot Robbie, Tony Revolori, Jake Ryan dan juga Jeff Goldblum.
Jika anda lihat treler filem ini memang nampak unik, klasik dan penuh seni yang mungkin bukan untuk semua orang. Wes Anderson mengarah filem ini berdasarkan skrip beliau bersama dengan Roman Coppola. Asteroid City akan ditayangkan pada 22 Jun tahun ini.