Total Tank Generals Dilancarkan Di Steam Hari Ini

505 Games bersama dengan pembangun Noobz From Poland telah melancarkan permainan Total Tank Generals untuk PC melalui Steam pada hari ini.

Bersempena dengan promosi pelancaran, permainan ini ditawarkan dengan potongan harga 10% iaitu RM53.10 berbanding harga asal RM59.00. Tawaran ini adalah sehingga 7 April 2023.

Total Tank Generals adalah permainan strategi peperangan mengikut turutan. Permainan ini berdasarkan Peperangan Dunia Kedua.

Pemain boleh memilih 12 pilihan unit untuk digunakan dan mesra untuk pemain baharu genre ini atau yang sudah berpengalaman.

Sohor Kini