HandyGames dan pembangun SandBloom Studio telah mengumumkan yang permainan pengembaraan mereka De-Exit – Eternal Matters akan dilancarkan pada 14 April 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.
Di dalam permainan ini, pemain adalah roh yang baru meninggal dunia dan memasuki alam baqa, akan tetapi alam tersebut hampir dimusnahkan dan menjadi tanggungjawab pemain untuk menyelamatkannya.
Pemain akan mengembara Plane of Memory dan perlu melalui pelbagai jenis tekaria, membuka laluan tersembunyi dan juga mengalak daripada dikesan oleh penjahat.
De-Exit – Eternal Matters pada awalnya bermula sebagai projek peribadi oleh Pengarah Kreatif akan tetapi kemudiannya menjadi projek penuh untuk SandBloom Studio dan mengambil inspirasi daripada pelbagai mitos, agama dan juga budaya.
Pemain ini akan ditawarkan dengan potongan harga 20% bersempena dengan pelancaran.