Moonton telah mengumumkan kemasukan ke Mobile Legends Professional League Musim Ke-11 bagi minggu keempat yang akan bermula esok adalah percuma, namun keutamaan akan diberikan kepada yang sudah memiliki tiket.

Pada minggu ini, perlawanan yang menjadi tarikan sudah semestinya Team SMG bertemu dengan Homebois iaitu dua pasukan teratas dengan Team SMG masih tidak kalah, manakala Homebois menerima kekalahan pertama pada minggu lepas.

Selain itu, terdapat juga pemindahan pemain yang melibatkan RED Esports MY, Team Secret dan Red Giants Esports.

RED Esports MY menerima tiga pemain baharu iaitu Kyym, Wynn dan AJ. Manakala Team Secret membawa masuk Zuto dan Deto meninggalkan pasukan. RED Giants Esports pula membawa masuk Skydreamer sebagai penganalisa dan Xorn sebagai pemain.

Sohor Kini