Steam telah berkongsi senarai permainan yang dilancarkan pada bulan Februari dan menjana pendapatan tertinggi. Mereka hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan Februari, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu permainan tersebut dilancarkan.
Antara permainan yang tersenarai adalah permainan-permainan besar bulan Februari iaitu Wild Hearts, Hogwarts Legacy, Octopath Traveler II, Returnal dan Atomic Heart.
Berikut adalah senarai penuh yang tidak mengikut sebarang turutan;
Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.