Deep Silver dan Volition telah berkongsi perancangan mereka bagi kandungan tambahan untuk Saints Row yang akan dikeluarkan sepanjang tahun ini.
Terdapat tiga penambahan utama untuk pemegang Pas Expansion, dua kawasan baharu, penambah-naikkan untuk QOL dan kandungan rentas siri bersama Dead Island 2.
Penambahan ini akan tiba bermula pada 11 April dengan barangan kosmetik berdasarkan Dead Island 2 akan disertakan secara percuma.
Manakala pada bulan Mei, penambahan utama pertama iaitu The Heist and The Hazardous akan tiba bersama dengan kemaskini percuma untuk membawa kawasan baharu, penambah-baikkan sistem pertempuran dan mod foto.
The Heist and The Hazardous antaranya akan menyertakan misi penceritaan baharu, acara dan juga barangan kosmetik.

Pada bulan Julai, penambahan utama kedua akan dikeluarkan iaitu Doc Ketchum’s Murder Circus dan juga kemaskini percuma. Doc Ketchum’s Murder Circus akan menyertakan mod solo baharu.
Kandungan tambahan terakhir buat masa ini akan tiba pada bulan Ogos, dengan penambahan utama ketiga yang buat masa ini masih tidak mempunyai judul tetapi akan menyertakan misi penceritaan, penjahat dan juga barangan kosmetik baharu yang juga dikatakan sebagai penambahan terbesar.
Kemaskini percuma juga akan tiba pada bulan Ogos yang akan membawa kawasan baharu bersama dengan fungsi-fungsi tambahan.
Maklumat lanjut mengenai penambahan-penambahan ini akan dikongsi lanjut menghampiri tarikh pelancaran.
Saint Row sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut; Ulasan Saints Row.