Disney telah dilaporkan memecat Isaac Perlmutter iaitu pengerusi untuk Marvel Entertainment dan mengatakan bahagian tersebut juga tidak diperlukan dan mungkin akan diserap masuk ke dalam bahagian-bahagian lain di dalam Disney.

Marvel Entertainment buat masa ini bertanggungjawab mengendalikan penawaran tambahan untuk Marvel dan satu bahagian berlainan dengan Marvel Studio iaitu bahagian yang bertanggungjawab untuk filem Marvel Cinematic Universe.

Di bawah Marvel Entertainment terdapat Marvel Comics, Marvel Games dan juga Marvel New Media. Mereka juga mengendalikan bahagian alat permainan ataupun figura untuk Marvel.

Presiden Marvel Entertainment Rob Steffens dan penasihat John Turitzin juga dilaporkan dipecat bersama dengan Isaac Perlmutter.

Disney sebelum ini telah mengumumkan akan membuang lebih kurang 7000 pekerja di dalam usaha untuk penstrukturan semula dan juga mengurangkan kos operasi dengan pendapatan mereka merudum untuk beberapa tahun ini.

Sohor Kini