EA telah mengumumkan yang mereka akan membuang 6% tenaga kerja dan juga mengurangkan saiz pejabat. Dengan EA mempunyai lebih kurang 13 ribu tenaga kerja, pembuangan ini akan memberi kesan lebih 700 pekerja.
Mereka akan cuba untuk memindahkan pekerja yang terkesan ke bahagian lain, manakala bagi yang tidak mendapat tempat akan diberikan pampasan dan pelbagai manfaat yang lain.
Menurut Reuters, langkah ini diambil kerana kemerosotan ekonomi bakal berlaku kerana kenaikan kadar faedah serata dunia.
CEO EA, Andrew Wilson mengatakan yang EA buat masa ini ingin memberi fokus kepada portfolio mereka dan mana-mana projek yang tidak membawa kesan positif kepada strategi mereka akan ditutup.
Pengumuman oleh EA ini menjadikan mereka adalah syarikat permainan video pertama yang melakukan pembuangan kerja, sesuatu yang sudah bermula untuk syarikat-syarikat teknologi.