Square Enix telah mengumumkan yang DLC pertama untuk Forspoken akan dikeluarkan pada 26 Mei 2023 dengan judul ‘In Tanta We Trust’.
DLC ini masih lagi menggunakan watak Frey Holland akan tetapi penceritaan akan kembali 25 tahun sebelum kejadian di dalam permainan Forspoken. Oleh itu, DLC ini boleh dianggap sebagai prekuel walaupun masih menggunakan Frey.
Semasa Frey mencari cara untuk menghapuskan Break, Frey telah mengikut satu suara yang membawanya ke kejadian Purge of the Rheddig yang diceritakan di dalam permainan asal.
Frey akan melihat apa yang berlaku pada waktu itu, termasuk juga kejadian yang membuatkan Tantas menjadi corrupted. Frey akan ditemani oleh Tanta Cinta di dalam pengembaraan ini dan juga mempunyai kebolehan baharu.
DLC ini disertakan bersama bagi pemain yang membeli edisi Digtal Deluxe, mereka juga dapat mencuba lebih awal iaitu pada 23 Mei. Bagi yang memiliki edisi biasa, DLC ini boleh dibeli secara berasingan.
Forspoken sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC, anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Forspoken.