Capcom telah mengumumkan yang Resident Evil 4 telah terjual sebanyak 3 juta unit setakat ini, selepas dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC pada 24 Mac lepas.
Resident Evil 4 ini adalah versi penambah-baikkan untuk permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 2005. Versi baharu ini menyertakan tatamain dan juga penceritaan yang ditambah baik.
Selain mendapat ulasan yang sangat positif, antara permainan dengan markah tertinggi di Metacritic, Resident Evil 4 juga menyediakan demo percuma untuk pemain mencuba terlebih dahulu.
Dengan hasil jualan ini, Capcom juga mengumumkan yang siri Resident Evil secara keseluruhan telah terjual sebanyak 135 juta unit setakat ini.