505 Games dan Ingame Studios telah melancarkan permainan Crime Boss: Rockay City untuk PC melalui Epic Games Store pada hari ini.
Anda boleh dapatkannya dengan harga promosi sehingga 4 April iaitu RM79.89 berbanding RM93.99.
Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.
Crime Boss adalah permainan FPS yang turut menyertakan tatamain perebutan kawasan. Permainan ini boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain.
Permainan ini menyertakan ramai nama-nama popular di dalam industri hiburan seperti Michael Madsen, Chuck Norris, Danny Trejo, Kim Basinger, Danny Glover, Michael Rooker, Damion Poiter dan Vanilla Ice.
Crime Boss: Rockay City juga diumumkan untuk PlayStation dan Xbox akan tetapi buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran rasmi.