Garena telah mengumumkan penganjuran acara khas bersempena dengan Ramadan – “Booyah Bazaar” sebagai sebahagian daripada kempen untuk tahun ini iaitu “Berganding Bahu Bersama”.
Melalui acara Booyah Bazaar yang berlangsung dari 7 sehingga 15 April 2023, trak bertemakan Free Fire akan melawat 5 lokasi di 4 negeri iaitu Kedah, Selangor, Sabah dan Johor.
Anda boleh lihat tarikh dan lokasi di bawah.

Antara aktiviti yang disediakan adalah cabutan bertuah, mengambil gambar bersama dengan cosplayer ataupun pencipta kandungan, pertandingan trivia dan juga kejohanan mini Free Fire.
Selain itu, di dalam permainan juga akan menerima aktiviti berdasarkan Ramadan yang juga akan bermula pada 7 April dengan pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan di dalam permainan.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.