Electronic Entertainment Expo, atau lebih dikenali sebagai E3 ialah diantara acara gaming terbesar di dunia, dimana ia memperlihatkan sejumlah besar studio dan penerbit permainan video yang akan memaparkan permainan-permainan yang akan dilancarkan kelak.
Sayangnya populariti E3 dilihat semakin merudum, dimana pada tahun ini, sejumlah besar studio dan penerbit mengesahkan bahawa mereka tidak akan menghadiri acara tersebut. Terkini, Ubisoft, penerbit permainan video popular seperti Assassin’s Creed, Far Cry dan Watch Dogs juga mengesahkan bahawa mereka tidak akan menyertai acara tahunan tersebut.
Sebaliknya, sama seperti beberapa penerbit lain, mereka akan hadir dengan acara mereka tersendiri pada waktu tersebut, iaitu Ubisoft Forward Live pada 12 Jun ini, selari dengan acara E3.
Ubisoft sebelum ini merupakan salah satu penerbit yang sentiasa menyokong E3 walaupun selepas acara tersebut kembali dengan format baru. Tetapi syarikat tersebut nampaknya mempunyai pelan mereka tersendiri tentang bagaimana mereka mahu mengumumkan permainan-permainan mereka tahun ini.
Sumber: Video Games Chronicle