Mobile Legends Umum ITZY Sebagai Duta Bagi Festival AllStar

Moonton telah mengumumkan yang kumpulan KPOP popular iaitu ITZY adalah duta global untuk Festival AllSTAR yang akan berlangsung di dalam permainan tersebut tidak lama lagi.

ITZY melakukan penampilan pertama mereka pada tahun 2019 dan terdiri daripada lima anggota iaitu Yeji, Lia, Ryujin, Chaeryeong dan Yuna. Mereka telah menerima 42 trofi pertunjukan muzik dan juga 23 anugerah setakat ini.

Bagi menyambut pengumuman ini, pemain boleh log masuk ke dalam permainan untuk mendapatkan ganjaran khas ALLSTAR dan juga 4 kostum baharu.

Festival ALLSTAR merupakan sambutan di dalam Mobile Legends yang akan bermula pada 31 Mac, melaluinya pemain berpeluang untuk mendapatkan ganjaran bernilai sehingga 1,999 diamonds – antaranya adalah emotes, avatar border, dan pelbagai lagi.

Mereka juga mengumumkan acara peta baharu akan tiba iaitu Purify Harmonia yang akan berlangsung sehingga 23 April. Dengan menyelesaikan pelbagai tugasan, pemain boleh dapatkan ganjaran khas untuk festival ini.

Mobile Legends Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini