Omelet Gaming telah mengumumkan yang alat kawalan terbaru mereka iaitu Omelet Switch Pro + JoyPad akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan April ini dengan pra-tempahan boleh dilakukan di mana-mana pengedar rasmi.

Omelet Switch Pro + JoyPad adalah generasi baharu untuk penawaran JoyPad yang menyertakan kualiti serta kelebihan alat kawalan Switch Pro+ dalam bentuk JoyPad.

Oleh itu, alat kawalan ini membawa kelebihan Switch Pro+ iaitu butang crystallised yang bukan sahaja untuk kelihatan lebih baik tetapi juga akan menjadikannya lebih tahan lama.

Selain itu, Switch Pro + JoyPad juga mempunyai reka bentuk yang lebih ergonomik, dengan cincin dan bar RGB untuk memberi penampilan yang lebih menawan.

Dengan direka khas untuk Nintendo Switch, alat kawalan ini juga boleh dibuka untuk disambung ke konsol hibrid Nintendo tersebut.

Switch Pro + JoyPad akan ditawarkan dengan harga RM229 dan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Thunderbolt, Panda dan Jet Black dengan Thunderbolt hanya ditawarkan untuk 1000 unit sahaja khusus untuk pasaran Asia Tenggara.

Sohor Kini