PlayPark telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan sesi beta tertutup untuk permainan PlayPark StreetBallers iaitu permainan bola keranjang 3 lawan 3 melalui Google Play Store.
Sesi beta tertutup ini akan bermula pada 28 Mac sehingga 3 April 2023 dan anda boleh sertai dengan memuat turun permainan ini di Play Store. Buat masa ini, sesi ini terhad untuk Android sahaja.
Manakala bagi pengguna iOS, buat masa ini mereka hanya membuka pra-pendaftaran, tetapi bergantung kepada jumlah pra-pendaftaran yang dilakukan, pemain akan menerima ganjaran tambahan apabila permainan dilancarkan kelak.
PlayPark StreetBallers akan dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.