Skip to main content

Koei Tecmo dan EA Originals telah melancarkan kandungan baharu untuk permainan memburu Wild Hearts. Melalui kemaskini kedua ini, mereka menyertakan kemono dan juga perisai baharu.

Kemono baharu yang disertakan adalah Grimstalker yang bertempat di Natsukodachi Isle iaitu spesis yang sama dengan Deathstalker. Grimstalker mempunyai elemen air dan ombak akan tetapi apabila marah akan menjadi elemen api.

Bersama dengan kemono ini, set perisai baharu juga disertakan yang menggunakan barangan Grimstalker yang akan mempunyai rekaan tersendiri.

Bersama dengan kemaskini ini, tiga misi baharu juga disertakan iaitu Fulgent Fate: Bloodshed, Days of Hunting: Gleaming Gold, Twin Boar Gorge.

Wild Hearts sudah dikeluarkan pada bulan Februari lepas untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Wild Hearts.

Leave a Reply