Doug Rosen iaitu Naib Presiden untuk bahagian permainan video di Paramount Global telah memberitahu kepada Polygon yang permainan video berdasarkan novel grafik Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) – The Last Ronin sedang dibangunkan.
The Last Ronin adalah satu penceritaan yang lebih berat untuk siri ini dengan hanya seorang Ninja Turtle sahaja yang masih hidup dan dia menggunakan keempat-empat senjata.
Seperti novel grafik tersebut, permainan ini juga akan membawa tone yang sama dengan lebih berat berbanding pembawaan yang lebih cerita untuk permainan-permainan TMNT.
Sebagai watak utama, pemain juga hanya boleh menggunakan seorang ninja turtle sahaja, namun dikatakan yang pemain mungkin dapat bermain watak lain melalui segmen imbas kembali.
Doug Rosen juga mengatakan yang mereka melihat kepada permainan seperti God of War sebagai inspirasi untuk permainan ini. Buat masa ini masih tidak pengumuman lanjut mengenai permainan ini, termasuk juga tarikh pelancaran.