Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 telah memasuki hari kelapan hari ini, dengan umat Islam berpuasa sepanjang Ramadan ini, MPL MY 11 juga telah mengubah jadual perlawanan untuk berakhir dengan lebih awal, bagi memberi ruang untuk pemain dan penonton membuka puasa.
Bagi hari kelapan ini, terdapat tiga perlawanan iaitu Team Secret melawan Team SMG, Homebois bertemu dengan RSG Slate MY dan Madness Esports bertemu dengan Team HAQ.
Perlawanan di-antara Team SMG dan Team Secret tidak membawa sebarang kejutan apabila Team SMG dengan mudah menang untuk memberikan kekalahan keenam buat Team Secret yang masih lagi mencari mata pertama di dalam kejohanan ini. Team SMG pula masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka.
Satu lagi pasukan yang mengekalkan rekod tanpa kalah adalah Homebois apabila mengalahkan RSG Slate MY dengan skor 2-0. RSG sudah semestinya kecewa dengan kekalahan kedua mereka, namun mungkin lega kerana dua kekalahan mereka hadir dari dua pasukan yang bermain dengan baik iaitu Homebois dan Team SMG.
Kejutan untuk hari ini sudah semestinya hadir melalui perlawanan di antara Madness Esports dan Team HAQ. Madness Esports yang sebelum ini tidak pernah menang telah mendapat kemenangan pertama dengan mengalahkan Team HAQ iaitu antara pasukan kegemaran pada awal kejohanan ini. Team HAQ yang mewakili M4 pada awal tahun ini, telah mendapat kekalahan keempat daripada lima perlawanan.
Homebois dan Team SMG terus kekal berada di kedudukan kedua teratas selepas hari kelapan dengan rekod tanpa kalah. Perbezaan di antara Homebois dan Team SMG adalah 1 markah, dengan Team SMG menang dengan skor 2-1 untuk satu perlawanan yang tidak memberikan markah penuh kepada mereka.
Bagi perlawanan untuk hari kesembilan esok – memperlihatkan tiga perlawanan iaitu Todak akan bertemu RED Giants Esports, Homebois dan Team SMG sudah semestinya ingin mengekalkan rekod tanpa kalah mereka bertemu dengan Team Lunatix dan RED Esports MY.