Toho Animation telah berkongsi treler pertama untuk siri anime Jujutsu Kaisen Musim 2 selepas disahkan akan tiba pada tahun ini Februari lepas.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah yang buat masa ini masih tidak mempunyai sari kata.
Musim 2 untuk Jujutsu Kaisen akan memfokuskan kepada dua Arc, iaitu Arc ‘Kisah Silam Gojou’ yang akan memperlihatkan bagaimana Gojou dan Getou dari kawan menjadi lawan. Manakala Arc kedua adalah ‘Insiden Di Shibuya’ yang merupakan Arc terpanjang bagi siri ini.
Mereka juga telah mengesahkan yang Jujutsu Kaisen Musim 2 akan mempunyai 2 bahagian yang akan dikeluarkan secara berterusan.